35 Yesus hampir tiba di Yerikho. Di situ ada seorang buta yang sedang duduk di pinggir jalan meminta sedekah.
36 Apabila orang buta itu mendengar orang ramai lalu di situ, dia bertanya, “Apa sedang berlaku?”
37 Mereka memberitahu dia, “Yesus, orang Nasaret itu, lalu.”
38 Segera dia berseru, “Yesus, Anak Daud! Kasihanilah saya!”
39 Semua orang yang di hadapan memarahi dia dan menyuruh dia diam. Tetapi dia berseru lebih kuat lagi, “Anak Daud, kasihanilah saya!”
40 Yesus berhenti dan menyuruh orang membawa orang buta itu kepada-Nya. Apabila dia tiba, Yesus bertanya kepadanya,
41 “Apakah yang kamu mahu Aku lakukan untukmu?”Orang buta itu menjawab, “Tuan, saya ingin melihat semula.”