1 Pada masa itu Kaisar Agustus menitahkan semua penduduk Empayar Roma mendaftarkan diri untuk dibanci.
2 Pembancian yang pertama dijalankan sewaktu Kirenius menjadi gabenor negeri Siria.
3 Semua orang pergi ke kota masing-masing untuk mendaftarkan diri.
4 Yusuf berangkat dari Nasaret di Galilea, lalu pergi ke Betlehem di Yudea, tempat lahir Raja Daud. Yusuf pergi ke sana kerana dia keturunan Raja Daud.
5 Dia mendaftarkan diri bersama-sama Maria, tunangannya yang sedang mengandung.
6 Ketika mereka di Betlehem, tibalah masanya bagi Maria untuk bersalin.