3 Semua orang pergi ke kota masing-masing untuk mendaftarkan diri.
4 Yusuf berangkat dari Nasaret di Galilea, lalu pergi ke Betlehem di Yudea, tempat lahir Raja Daud. Yusuf pergi ke sana kerana dia keturunan Raja Daud.
5 Dia mendaftarkan diri bersama-sama Maria, tunangannya yang sedang mengandung.
6 Ketika mereka di Betlehem, tibalah masanya bagi Maria untuk bersalin.
7 Dia melahirkan seorang anak lelaki, anaknya yang sulung. Anak itu dibedungnya lalu diletakkan di dalam palung, kerana mereka tidak mendapat tempat untuk menumpang.
8 Pada malam itu, beberapa orang gembala sedang menjaga domba di padang.
9 Tiba-tiba malaikat Tuhan menampakkan diri kepada mereka dan cahaya kemuliaan Tuhan menerangi mereka sehingga mereka ketakutan.