22 Katakanlah, menurut Taurat bolehkah kita membayar cukai kepada Kaisar Roma?”
23 Yesus mengetahui muslihat mereka. Dia berkata,
24 “Tunjukkan sekeping mata wang kepada-Ku. Gambar dan nama siapakah ini?”“Kaisar!” jawab mereka.
25 Oleh itu Yesus berkata, “Baiklah, jika demikian, berikan apa yang menjadi milik Kaisar kepada Kaisar dan berikan apa yang menjadi milik Allah kepada Allah.”
26 Mereka tidak dapat mencari kesalahan Yesus di hadapan orang ramai. Mereka diam sahaja kerana hairan mendengar jawapan-Nya.
27 Beberapa orang Saduki datang kepada Yesus. (Mereka berpendapat bahawa orang mati tidak akan bangkit semula.) Mereka bertanya kepada Yesus,
28 “Guru, Musa memberi kita hukum berikut: ‘Jika seorang lelaki meninggal tanpa mempunyai anak, maka saudara lelakinya mesti berkahwin dengan balunya supaya orang yang sudah meninggal itu mendapat keturunan.’