3 Yesus menjawab, “Aku juga ingin bertanya kepada kamu. Katakanlah,
4 dengan hak siapakah Yohanes membaptis orang? Dengan hak Allah atau manusia?”
5 Mereka mula membincangkan soalan itu, “Apakah yang akan kita katakan? Jika kita menjawab, ‘Dengan hak Allah,’ Dia akan berkata, ‘Mengapa kamu tidak percaya kepada Yohanes?’
6 Tetapi jika kita berkata, ‘Dengan hak manusia,’ semua orang akan merejam kita, kerana mereka percaya bahawa Yohanes seorang nabi.”
7 Lalu mereka menjawab, “Kami tidak tahu.”
8 Yesus berkata kepada mereka, “Jika demikian Aku pun tidak mahu memberitahu kamu dengan hak siapa Aku melakukan perkara-perkara ini.”
9 Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada orang ramai. “Ada seorang yang menanami ladang anggur, lalu menyewakannya kepada beberapa orang. Setelah itu dia pergi ke negeri lain dan tinggal lama di sana.