37 Musa menjelaskan bahawa orang mati akan dibangkitkan. Tulisannya tentang belukar yang bernyala menyatakan Tuhan sebagai ‘Allah yang disembah oleh Abraham, Ishak, dan Yakub.’
38 Hal ini bererti bahawa Allah itu Allah orang hidup, bukan Allah orang mati, kerana Allah menganggap mereka semua hidup.”
39 Beberapa orang guru Taurat berkata, “Sungguh baik jawapan guru.”
40 Mereka tidak lagi berani menanyakan apa-apa kepada Yesus.
41 Yesus bertanya kepada mereka, “Bagaimanakah orang dapat mengatakan bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?
42 Daud berkata di dalam Kitab Mazmur,‘Tuhan berfirman kepada Tuhanku:Duduklah di sebelah kanan-Ku,
43 sehingga Aku menakluki musuh-Mu ke bawah kaki-Mu.’