39 Beberapa orang guru Taurat berkata, “Sungguh baik jawapan guru.”
40 Mereka tidak lagi berani menanyakan apa-apa kepada Yesus.
41 Yesus bertanya kepada mereka, “Bagaimanakah orang dapat mengatakan bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?
42 Daud berkata di dalam Kitab Mazmur,‘Tuhan berfirman kepada Tuhanku:Duduklah di sebelah kanan-Ku,
43 sehingga Aku menakluki musuh-Mu ke bawah kaki-Mu.’
44 Jika Daud memanggil Dia ‘Tuhan’, bagaimana mungkin Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?”
45 Sementara semua orang mendengarkan kata-kata-Nya, Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya,