16 Kamu akan dikhianati oleh ibu bapa, saudara, sanak keluarga, dan sahabat kamu. Mereka akan membunuh beberapa orang antara kamu.
17 Semua orang akan membenci kamu kerana Aku,
18 tetapi sehelai rambut pun di kepala kamu tidak akan hilang.
19 Hendaklah kamu teguh hati! Dengan jalan ini kamu akan mendapat hidup sejati.”
20 “Apabila kamu nampak Yerusalem dikepung tentera, kamu akan tahu bahawa kota itu segera akan dimusnahkan.
21 Pada waktu itu orang di Yudea mesti lari ke pergunungan; orang yang di dalam kota mesti meninggalkan kota, dan orang yang di luar kota jangan masuk ke dalam kota.
22 Itulah yang harus kamu lakukan kerana masa itu ‘Hari Hukuman’, apabila semua yang telah tertulis di dalam Alkitab berlaku.