24 Ada orang yang akan dibunuh dengan pedang, ada lagi orang yang akan dibawa sebagai tawanan ke negeri orang, dan bangsa yang tidak mengenal Allah akan menginjak-injak Yerusalem sehingga habis masa yang ditetapkan oleh Tuhan untuk mereka.”
25 “Kelak tanda-tanda yang luar biasa akan kelihatan pada matahari, bulan, dan bintang. Semua negeri di seluruh bumi akan putus asa dan takut menghadapi deru dan gelora laut.
26 Orang akan pengsan kerana ketakutan sementara menantikan apa yang akan berlaku di seluruh bumi, kerana kuasa di angkasa lepas ditarik daripada peredarannya.
27 Barulah Anak Manusia akan kelihatan datang dikelilingi awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar.
28 Apabila perkara-perkara itu mula berlaku, bangkitlah dan dongaklah ke langit, kerana sekejap lagi kamu akan diselamatkan.”
29 Lalu Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka. Dia berkata, “Lihatlah pokok ara dan semua pokok yang lain.
30 Apabila kamu nampak pokok mula berdaun, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat.