26 Orang akan pengsan kerana ketakutan sementara menantikan apa yang akan berlaku di seluruh bumi, kerana kuasa di angkasa lepas ditarik daripada peredarannya.
27 Barulah Anak Manusia akan kelihatan datang dikelilingi awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar.
28 Apabila perkara-perkara itu mula berlaku, bangkitlah dan dongaklah ke langit, kerana sekejap lagi kamu akan diselamatkan.”
29 Lalu Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka. Dia berkata, “Lihatlah pokok ara dan semua pokok yang lain.
30 Apabila kamu nampak pokok mula berdaun, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat.
31 Demikian juga apabila kamu nampak perkara-perkara ini berlaku, kamu tahu bahawa Allah akan segera memerintah.
32 Ingatlah! Segala perkara ini akan berlaku sebelum orang yang hidup sekarang ini mati semuanya.