29 Lalu Yesus menceritakan perumpamaan ini kepada mereka. Dia berkata, “Lihatlah pokok ara dan semua pokok yang lain.
30 Apabila kamu nampak pokok mula berdaun, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat.
31 Demikian juga apabila kamu nampak perkara-perkara ini berlaku, kamu tahu bahawa Allah akan segera memerintah.
32 Ingatlah! Segala perkara ini akan berlaku sebelum orang yang hidup sekarang ini mati semuanya.
33 Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya.”
34 “Berjaga-jagalah! Janganlah kamu asyik berpesta dan minum minuman keras atau khuatir akan kehidupan kamu, sehingga kamu tidak bersedia apabila Hari itu datang dengan tiba-tiba.
35 Hari itu akan datang seperti perangkap bagi semua orang di bumi.