56 Apabila salah seorang hamba wanita nampak Petrus duduk dekat api unggun, dia mengamati Petrus lalu berkata, “Orang ini juga bersama-sama Yesus!”
57 Tetapi Petrus menafikannya, “Aku tidak mengenal orang itu!”
58 Sejurus kemudian, seorang lagi nampak Petrus dan berkata, “Kamu juga seorang daripada mereka!”Tetapi Petrus menjawab, “Bukan!”
59 Kira-kira sejam kemudian, seorang lain berulang kali berkata, “Pasti orang ini pengikut Yesus, kerana dia juga orang Galilea!”
60 Tetapi Petrus menjawab, “Aku tidak faham apa yang kamu katakan!”Seketika itu juga, sedang Petrus berkata-kata, ayam berkokok.
61 Tuhan pun berpaling dan memandang Petrus. Petrus teringat akan apa yang dikatakan oleh Tuhan kepadanya, “Sebelum ayam berkokok hari ini, tiga kali engkau akan berkata engkau tidak mengenal Aku.”
62 Petrus keluar dari situ lalu menangis tersedu-sedu.