59 Kira-kira sejam kemudian, seorang lain berulang kali berkata, “Pasti orang ini pengikut Yesus, kerana dia juga orang Galilea!”
60 Tetapi Petrus menjawab, “Aku tidak faham apa yang kamu katakan!”Seketika itu juga, sedang Petrus berkata-kata, ayam berkokok.
61 Tuhan pun berpaling dan memandang Petrus. Petrus teringat akan apa yang dikatakan oleh Tuhan kepadanya, “Sebelum ayam berkokok hari ini, tiga kali engkau akan berkata engkau tidak mengenal Aku.”
62 Petrus keluar dari situ lalu menangis tersedu-sedu.
63 Semua orang yang mengawal Yesus mempermainkan dan memukul Dia.
64 Mereka menutupi mata-Nya lalu bertanya kepada-Nya, “Tekalah, siapakah yang memukul kamu?”
65 Banyak lagi hinaan lain yang dilemparkan oleh mereka kepada Yesus.