15 Herodes pun berpendapat demikian, kerana dia menghantar Yesus kembali kepada kami. Orang ini tidak melakukan sesuatu pun sehingga dia patut dijatuhi hukuman mati.
16 Oleh itu aku menyuruh orang mencambuk dia, lalu membebaskannya.” [
17 Pada tiap-tiap perayaan Paska, Pilatus harus membebaskan seorang tahanan untuk rakyat.]
18 Semua orang di situ berseru, “Bunuhlah dia! Bebaskan Barabas untuk kami!” (
19 Barabas dipenjarakan kerana terbabit dalam pemberontakan yang berlaku di kota dan kerana pembunuhan.)
20 Pilatus hendak membebaskan Yesus. Oleh itu Pilatus berseru lagi kepada orang ramai.
21 Tetapi mereka berseru, “Salibkan dia! Salibkan dia!”