26 Tetapi Allah tidak menyuruh Elia pergi kepada salah seorang balu itu. Dia disuruh pergi kepada seorang balu yang tinggal di Sarafat di daerah Sidon.
27 Demikian juga ada banyak orang berpenyakit kulit yang mengerikan di Israel pada zaman Nabi Elisa. Tetapi tidak seorang pun daripada mereka disembuhkan, kecuali Naaman orang Siria itu.”
28 Semua orang di rumah ibadat itu sangat marah apabila mereka mendengar hal itu.
29 Mereka bangkit lalu menyeret Yesus ke luar bandar dan membawa-Nya ke puncak bukit tempat kota mereka dibina. Mereka bermaksud menolak Yesus ke dalam jurang.
30 Tetapi Yesus terus berjalan antara orang ramai lalu pergi dari situ.
31 Lalu Yesus pergi ke Kapernaum, sebuah kota di Galilea. Di situ Dia mengajar orang pada hari Sabat.
32 Orang kagum melihat cara Yesus mengajar, kerana Dia berkata-kata dengan wibawa.