16 Yudas anak Yakobus dan Yudas Iskariot yang kelak menjadi pengkhianat.
17 Apabila Yesus turun dari bukit bersama-sama rasul-rasul itu, Dia berdiri di tempat yang rata dengan sebilangan besar pengikut-Nya. Di situ juga ada orang ramai yang datang dari seluruh Yudea, Yerusalem, kota Tirus dan Sidon yang di tepi laut.
18 Mereka datang untuk mendengar Yesus dan untuk disembuhkan daripada penyakit mereka. Orang yang dirasuk roh jahat juga datang dan disembuhkan.
19 Semua orang cuba menyentuh Yesus, kerana kuasa keluar daripada-Nya dan menyembuhkan mereka semua.
20 Yesus memandang semua pengikut-Nya lalu berkata,“Berbahagialah kamu yang miskin;kerana kamu menikmati Pemerintahan Allah!
21 Berbahagialah kamu yang lapar sekarang;kamu akan dikenyangkan!Berbahagialah kamu yang menangis sekarang;kamu akan tertawa!
22 Berbahagialah kamu apabila orang membenci, menolak, dan menghina kamu, serta memburukkan nama kamu kerana Anak Manusia!