19 Semua orang cuba menyentuh Yesus, kerana kuasa keluar daripada-Nya dan menyembuhkan mereka semua.
20 Yesus memandang semua pengikut-Nya lalu berkata,“Berbahagialah kamu yang miskin;kerana kamu menikmati Pemerintahan Allah!
21 Berbahagialah kamu yang lapar sekarang;kamu akan dikenyangkan!Berbahagialah kamu yang menangis sekarang;kamu akan tertawa!
22 Berbahagialah kamu apabila orang membenci, menolak, dan menghina kamu, serta memburukkan nama kamu kerana Anak Manusia!
23 Demikian jugalah nenek moyang mereka memperlakukan nabi-nabi. Bersukacitalah apabila hal itu berlaku, dan menarilah dengan gembira, kerana pahala yang besar tersedia untuk kamu di syurga.
24 Tetapi malanglah kamu yang kaya sekarang ini,kerana kamu telah mengalami kenikmatan hidup!
25 Malanglah kamu yang kenyang sekarang ini,kerana kamu akan kelaparan!Malanglah kamu yang tertawa sekarang ini,kerana kamu akan berdukacita dan menangis!