3 Selama enam tahun Yoseba memelihara Yoas serta menyembunyikan dia di Rumah TUHAN, sementara Atalya memerintah sebagai ratu.
4 Tetapi pada tahun ketujuh, Imam Yoyada menyuruh ketua-ketua pasukan pengawal diraja dan pengawal istana untuk berjumpa dengan dia di Rumah TUHAN. Dia menyuruh mereka bersumpah supaya mengikut rancangannya. Dia memperlihatkan Yoas, putera Raja Ahazia kepada mereka
5 dan memberikan perintah demikian, “Apabila kamu bertugas pada hari Sabat, sepertiga daripada kamu harus mengawal istana;
6 sepertiga lagi harus berkawal di Pintu Gerbang Sur dan yang lain berkawal di belakang para pengawal yang lain.
7 Dua pasukan yang bercuti pada hari Sabat harus berkawal di Rumah TUHAN untuk melindungi raja.
8 Kamu harus mengawal Yoas dengan pedang yang terhunus dan menyertai dia ke mana sahaja dia pergi. Sesiapa sahaja yang mendekati kamu harus dibunuh.”
9 Ketua-ketua itu taat kepada perintah Yoyada dan membawa pasukan mereka kepadanya, iaitu orang yang bercuti pada hari Sabat dan mereka yang bertugas pada hari Sabat.