5 dan memberikan perintah demikian, “Apabila kamu bertugas pada hari Sabat, sepertiga daripada kamu harus mengawal istana;
6 sepertiga lagi harus berkawal di Pintu Gerbang Sur dan yang lain berkawal di belakang para pengawal yang lain.
7 Dua pasukan yang bercuti pada hari Sabat harus berkawal di Rumah TUHAN untuk melindungi raja.
8 Kamu harus mengawal Yoas dengan pedang yang terhunus dan menyertai dia ke mana sahaja dia pergi. Sesiapa sahaja yang mendekati kamu harus dibunuh.”
9 Ketua-ketua itu taat kepada perintah Yoyada dan membawa pasukan mereka kepadanya, iaitu orang yang bercuti pada hari Sabat dan mereka yang bertugas pada hari Sabat.
10 Yoyada memberi para ketua itu tombak dan perisai milik Raja Daud, yang disimpan di Rumah TUHAN.
11 Yoyada menyuruh para pengawal yang membawa pedang terhunus supaya berkawal di sekeliling bahagian depan Rumah TUHAN untuk melindungi raja.