7 Dua pasukan yang bercuti pada hari Sabat harus berkawal di Rumah TUHAN untuk melindungi raja.
8 Kamu harus mengawal Yoas dengan pedang yang terhunus dan menyertai dia ke mana sahaja dia pergi. Sesiapa sahaja yang mendekati kamu harus dibunuh.”
9 Ketua-ketua itu taat kepada perintah Yoyada dan membawa pasukan mereka kepadanya, iaitu orang yang bercuti pada hari Sabat dan mereka yang bertugas pada hari Sabat.
10 Yoyada memberi para ketua itu tombak dan perisai milik Raja Daud, yang disimpan di Rumah TUHAN.
11 Yoyada menyuruh para pengawal yang membawa pedang terhunus supaya berkawal di sekeliling bahagian depan Rumah TUHAN untuk melindungi raja.
12 Selepas itu Yoyada membawa Yoas keluar, lalu mengenakan mahkota pada kepala Yoas dan memberi dia sebuah salinan hukum tentang pemerintahan raja. Kemudian Yoas dilantik sebagai raja dan hal itu diumumkan kepada rakyat. Rakyat bertepuk tangan sambil berseru, “Daulat tuanku!”
13 Ratu Atalya mendengar keriuhan para pengawal dan rakyat, maka Ratu Atalya cepat-cepat pergi ke Rumah TUHAN, tempat orang ramai berkumpul.