9 Ketua-ketua itu taat kepada perintah Yoyada dan membawa pasukan mereka kepadanya, iaitu orang yang bercuti pada hari Sabat dan mereka yang bertugas pada hari Sabat.
10 Yoyada memberi para ketua itu tombak dan perisai milik Raja Daud, yang disimpan di Rumah TUHAN.
11 Yoyada menyuruh para pengawal yang membawa pedang terhunus supaya berkawal di sekeliling bahagian depan Rumah TUHAN untuk melindungi raja.
12 Selepas itu Yoyada membawa Yoas keluar, lalu mengenakan mahkota pada kepala Yoas dan memberi dia sebuah salinan hukum tentang pemerintahan raja. Kemudian Yoas dilantik sebagai raja dan hal itu diumumkan kepada rakyat. Rakyat bertepuk tangan sambil berseru, “Daulat tuanku!”
13 Ratu Atalya mendengar keriuhan para pengawal dan rakyat, maka Ratu Atalya cepat-cepat pergi ke Rumah TUHAN, tempat orang ramai berkumpul.
14 Ratu Atalya nampak raja baru itu berdiri di sisi tiang, dekat pintu Rumah TUHAN, tempat raja ditabalkan. Raja baru itu dikelilingi oleh para pegawai dan peniup trompet. Semua rakyat bersorak dan bersukacita, sambil meniup trompet. Ratu Atalya mengoyakkan pakaiannya kerana dukacita, dan berseru, “Khianat! Khianat!”.
15 Yoyada tidak mengizinkan Ratu Atalya dibunuh di kawasan Rumah TUHAN. Yoyada berkata kepada ketua-ketua pasukannya, “Bawalah ratu itu pergi melalui barisan pengawal. Bunuhlah sesiapa sahaja yang cuba menyelamatkan ratu itu.”