20 Tidak lama kemudian Elisa meninggal lalu dikebumikan.Tiap-tiap tahun, gerombolan orang Moab biasa menyerang negeri Israel.
21 Pada suatu hari, ketika orang Israel sedang menguburkan orang mati, mereka nampak gerombolan orang Moab. Oleh sebab ketakutan, mereka melemparkan mayat itu ke dalam kubur Elisa lalu lari. Sebaik sahaja mayat itu terkena pada tulang-tulang Elisa, mayat itu hidup semula dan berdiri tegak.
22 Selama pemerintahan Raja Yehoahas, Raja Hazael dari Siria menindas orang Israel.
23 Tetapi TUHAN baik hati kepada orang Israel dan Dia berbelas kasihan kepada mereka. Dia tidak membiarkan orang Israel dibinasakan. Dia menolong mereka kerana perjanjian-Nya dengan Abraham, Ishak, dan Yakub. TUHAN tidak pernah melupakan umat-Nya.
24 Apabila Raja Hazael dari Siria mangkat, Benhadad, puteranya menjadi raja.
25 Pada masa itu Raja Yehoas dari Israel, mengalahkan Raja Benhadad tiga kali. Raja Yehoas merampas semula kota-kota yang telah ditawan oleh Raja Benhadad pada masa pemerintahan Raja Yehoahas, ayahanda Raja Yehoas.