1 Pada tahun kedua pemerintahan Raja Yehoas putera Raja Yehoahas di Israel, Raja Amazia putera Raja Yoas menjadi raja di Yehuda.
2 Pada masa itu Raja Amazia berusia dua puluh lima tahun. Baginda memerintah di Yerusalem selama dua puluh sembilan tahun. Bondanya bernama Yehoadin dari Yerusalem.
3 Raja Amazia melakukan apa yang menyenangkan hati TUHAN, tetapi baginda tidak seperti nenek moyangnya, Raja Daud. Sebaliknya baginda mengikut perbuatan ayahandanya, Raja Yoas.
4 Raja Amazia tidak merobohkan tempat-tempat penyembahan berhala dan rakyat tidak berhenti mempersembahkan korban serta membakar kemenyan di situ.
5 Apabila pemerintahan Raja Amazia sudah kukuh, baginda membunuh para pegawai yang membunuh ayahandanya, raja yang memerintah sebelum baginda.
6 Raja Amazia tidak membunuh anak-anak mereka kerana baginda menurut perintah TUHAN dalam Taurat Musa yang berbunyi demikian, “Ibu bapa tidak boleh dihukum mati kerana kesalahan anak mereka. Anak-anak tidak boleh dihukum mati kerana kesalahan ibu bapa mereka. Setiap orang hendaklah dihukum mati kerana kesalahan yang dibuatnya sendiri sahaja.”