14 Raja Yehoas mengambil semua perak dan emas yang dapat ditemuinya, semua perabot Rumah TUHAN dan semua perbendaharaan istana, lalu baginda kembali ke Samaria. Baginda juga membawa beberapa orang tebusan bersama-samanya.
15 Segala perbuatan Raja Yehoas, termasuk kepahlawanan baginda dalam peperangan melawan Raja Amazia dari Yehuda tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Israel.
16 Raja Yehoas mangkat lalu dimakamkan di permakaman diraja di Samaria. Kemudian Yerobeam II, puteranya menggantikan baginda sebagai raja.
17 Raja Amazia, raja Yehuda, hidup lima belas tahun lagi selepas kemangkatan Raja Yehoas, raja Israel.
18 Segala perbuatan Raja Amazia tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Yehuda.
19 Beberapa orang di Yerusalem berkomplot untuk membunuh Raja Amazia. Oleh itu baginda lari ke kota Lakhis, tetapi musuh-musuhnya mengejar baginda ke sana dan membunuh baginda.
20 Kemudian jenazah Raja Amazia diangkut dengan kuda ke Yerusalem, lalu dimakamkan di permakaman diraja di Kota Daud.