21 Penduduk Yehuda melantik Uzia, putera Raja Amazia, yang berusia enam belas tahun, menjadi raja.
22 Setelah kemangkatan ayahandanya, Raja Uzia merebut kembali kota Elat, lalu membinanya semula.
23 Pada tahun kelima belas pemerintahan Raja Amazia putera Raja Yoas di Yehuda, Raja Yerobeam putera Raja Yehoas menjadi raja di Israel. Raja Yerobeam memerintah di Samaria selama empat puluh satu tahun.
24 Raja Yerobeam berdosa terhadap TUHAN, kerana mengikut perbuatan Raja Yerobeam anak Nebat, raja yang yang terdahulu, yang telah menyebabkan orang Israel berdosa.
25 Raja Yerobeam merebut semula semua wilayah yang dahulu dimiliki Israel, dari Genting Hamat di utara sampai ke Laut Mati di selatan. Demikianlah yang dijanjikan dahulu oleh TUHAN, Allah Israel, melalui hamba-Nya Nabi Yunus anak Amitai dari Gat-Hefer.
26 TUHAN nampak bahawa orang Israel sangat menderita, dan tiada sesiapa pun yang menolong mereka.
27 TUHAN tidak bermaksud untuk membinasakan Israel selama-lamanya. Oleh itu Dia menyelamatkan mereka dengan perantaraan Raja Yerobeam II.