8 Raja Ahas mengambil perak dan emas dari Rumah TUHAN dan perbendaharaan istana, lalu memberikan semuanya kepada raja Pul sebagai hadiah.
9 Raja Pul mengabulkan permintaan Raja Ahas. Raja Pul dengan tenteranya menyerang Damsyik, merebut kota itu lalu membunuh Raja Rezin. Raja Pul juga membawa penduduk kota Damsyik ke Kir sebagai orang tawanan.
10 Apabila Raja Ahas pergi ke Damsyik untuk menemui Raja Pul, baginda nampak mazbah di situ lalu mengirim contoh mazbah itu dengan butir-butir yang tepat kepada Imam Uria.
11 Uria membina sebuah mazbah seperti itu, dan menyelesaikannya sebelum Raja Ahas kembali.
12 Apabila Raja Ahas kembali dari Damsyik, baginda nampak bahawa mazbah itu sudah siap.
13 Raja Ahas mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN, dan korban untuk mengucap syukur kepada-Nya, di atas mazbah itu. Baginda juga mempersembahkan wain dan darah daripada korban untuk memohon berkat daripada TUHAN.
14 Mazbah gangsa yang ditahbiskan untuk TUHAN terletak di antara mazbah yang baru itu dan Rumah TUHAN. Oleh itu Raja Ahas memindahkan mazbah gangsa itu ke sebelah utara mazbah yang baru.