29 Tetapi penduduk Samaria masih membuat berhala mereka sendiri, dan mereka menempatkan berhala-berhala itu di kuil-kuil yang telah dibina orang Israel. Tiap-tiap golongan orang membuat berhala masing-masing:
30 orang Babel membuat patung Dewa Sukot-Benot, orang Kuta membuat patung Nergal, orang Hamat membuat patung Asima,
31 orang Awa membuat patung Nibhas dan Tartak, dan orang Sefarwaim mempersembahkan anak-anak mereka sebagai korban yang dibakar kepada Adramelekh dan Anamelekh, dewa-dewa mereka.
32 Mereka juga menyembah TUHAN, dan mereka memilih pelbagai orang daripada golongan mereka sendiri untuk bertugas sebagai imam di tempat-tempat pemujaan berhala, serta mempersembahkan korban bagi berhala itu di sana.
33 Mereka menyembah TUHAN, tetapi mereka juga menyembah dewa-dewa mereka sendiri menurut adat istiadat negeri asal mereka.
34 Sampai sekarang mereka masih mengamalkan adat istiadat mereka yang lama itu. Mereka tidak menyembah TUHAN ataupun taat kepada hukum dan perintah yang diberikan-Nya kepada keturunan Yakub, yang dinamakan-Nya Israel.
35 TUHAN telah membuat perjanjian dengan umat Israel, dan telah memerintah, “Jangan sembah tuhan-tuhan lain; jangan bersujud, atau mengabdi, atau mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan itu.