1 Pada tahun ketiga pemerintahan Raja Hosea anak Ela sebagai raja Israel, Hizkia, putera Raja Ahas menjadi raja di Yehuda.
2 Pada masa itu Raja Hizkia berusia dua puluh lima tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama dua puluh sembilan tahun. Bondanya bernama Abia anak Zakharia.
3 Raja Hizkia mengikut teladan nenek moyangnya Raja Daud, kerana baginda melakukan apa yang menyenangkan hati TUHAN.
4 Baginda memusnahkan tempat-tempat penyembahan berhala, memecahkan tiang-tiang batu, dan merobohkan patung-patung Dewi Asyera. Baginda juga menghancurkan ular gangsa yang dibuat oleh Musa dahulu, yang dikenal sebagai Nehustan, kerana hingga masa itu umat Israel masih membakar kemenyan untuk menghormati ular gangsa itu.
5 Raja Hizkia percaya kepada TUHAN, Allah Israel. Tidak pernah lagi Yehuda mempunyai raja seperti Raja Hizkia, baik sebelum ataupun sesudah pemerintahan baginda.
6 Raja Hizkia taat kepada TUHAN, dan tidak pernah membantah-Nya. Dengan sungguh-sungguh baginda mentaati segala perintah yang telah diberikan oleh TUHAN dengan perantaraan Musa.