31 Janganlah dengarkan Raja Hizkia. Raja Asyur memerintah kamu supaya keluar dari kota kamu dan menyerah diri. Kamu semua akan dibenarkan makan buah anggur dari pokok anggur kamu sendiri dan buah ara dari pokok ara kamu sendiri, dan minum air dari perigi kamu sendiri,
32 sehingga raja Asyur memindahkan kamu di negeri yang serupa dengan negeri kamu. Di sana ada banyak ladang anggur yang menghasilkan wain dan gandum untuk membuat roti. Negeri itu penuh dengan pokok zaitun, minyak zaitun, dan madu. Jika kamu taat kepada perintah raja, kamu akan hidup dan tidak akan mati. Jangan ditipu oleh Raja Hizkia. Jangan sangka bahawa TUHAN akan menyelamatkan kamu.
33 Dewa-dewa negeri manakah pernah menyelamatkan negerinya daripada raja Asyur?
34 Di manakah dewa-dewa negeri Hamat dan Arpad sekarang? Di manakah dewa-dewa Sefarwaim, Hena dan Iwa? Pernahkah sesiapa menyelamatkan Samaria?
35 Dewa yang manakah pernah menyelamatkan negerinya daripada raja kami? Mengapakah kamu berfikir bahawa TUHAN dapat menyelamatkan Yerusalem?”
36 Rakyat diam sahaja seperti yang diperintahkan oleh Raja Hizkia. Mereka tidak mengeluarkan sepatah kata pun.
37 Kemudian Elyakim, Sebna, dan Yoah mengoyakkan pakaian mereka kerana sedih. Mereka pergi melaporkan kata-kata pegawai Asyur itu kepada Raja Hizkia.