2 Baginda menyuruh Elyakim, pengurus istana, dan Sebna, setiausaha istana, serta imam-imam yang tua untuk berjumpa dengan Nabi Yesaya anak Amos. Mereka juga memakai kain guni.
3 Raja Hizkia menyuruh mereka menyampaikan berita ini kepada Yesaya, “Hari ini hari penderitaan. Kita dihukum dan dipermalukan. Kita seperti perempuan yang hampir bersalin tetapi kehabisan tenaga.
4 Raja Asyur telah mengutus pegawai tertingginya untuk menghina Allah yang hidup. Semoga TUHAN, Allahmu mendengar hinaan itu dan menghukum mereka yang mengucapkannya. Oleh itu berdoalah kepada Allah untuk rakyat kita yang masih hidup.”
5 Apabila Yesaya menerima berita daripada Raja Hizkia,
6 dia memberikan jawapan ini, “TUHAN berfirman bahawa tuanku tidak usah takut terhadap orang Asyur yang mengatakan TUHAN tidak dapat menyelamatkan tuanku.
7 TUHAN akan menyebabkan raja Asyur mendengar suatu khabar angin sehingga baginda lari pulang ke negerinya sendiri. TUHAN akan membiarkan baginda dibunuh di sana.”
8 Pegawai Asyur itu mendengar bahawa raja Asyur telah meninggalkan Lakhis dan sedang berperang menentang Libna, sebuah kota yang berdekatan. Maka dia pergi ke sana untuk meminta nasihat.