21 Elisa pergi ke tempat mata air, lalu melemparkan garam itu ke dalam air, dan berkata, “Demikianlah firman TUHAN, ‘Aku membersihkan air ini supaya tidak lagi menyebabkan kematian ataupun keguguran.’ ”
22 Sejak itu airnya baik seperti yang dikatakan Elisa.
23 Elisa meninggalkan Yerikho lalu pergi ke Betel. Di tengah jalan, beberapa orang budak lelaki yang datang dari bandar mengolok-olok dia. Mereka berkata, “Hai botak, pergi dari sini!”
24 Elisa menoleh, memandang budak-budak itu, lalu mengutuk mereka atas nama TUHAN. Selepas itu dua ekor beruang betina keluar dari hutan dan mencabik-cabikkan tubuh empat puluh dua orang daripada budak-budak itu.
25 Elisa meneruskan perjalanannya ke Gunung Karmel, kemudian dia pulang ke Samaria.