9 Di situ Elia berkata kepada Elisa, “Katakanlah apa yang engkau mahu aku lakukan untukmu sebelum aku dibawa pergi.”Elisa menjawab, “Benarkanlah saya mewarisi kuasa tuan supaya saya boleh menjadi pengganti tuan.”
10 Elia berkata, “Permintaan itu susah dikabulkan. Tetapi jika engkau nampak aku ketika aku dibawa pergi, engkau akan menerima permintaanmu. Jika tidak, engkau tidak akan menerimanya.”
11 Mereka terus bercakap-cakap sambil meneruskan perjalanan. Tiba-tiba sebuah kereta kuda berapi yang ditarik oleh beberapa kuda berapi memisahkan mereka, lalu Elia diangkat ke syurga oleh angin puting beliung.
12 Elisa nampak hal itu, lalu berseru kepada Elia, “Bapaku, bapaku! Pembela kuat Israel! Bapa sudah pergi!” Maka hilanglah Elia dari pemandangan Elisa.Dengan dukacita Elisa mengoyak jubahnya menjadi dua sobekan.
13 Kemudian dia mengambil jubah Elia yang telah terjatuh. Lalu Elisa kembali dan berdiri di tepi Sungai Yordan.
14 Dia memukul air sungai itu dengan jubah Elia, lalu berkata, “Di manakah TUHAN, Allah Elia?” Kemudian dia memukul air sungai itu lagi, dan air itu terbelah dua, lalu Elisa berjalan ke seberang sungai itu.
15 Lima puluh orang nabi dari Yerikho itu nampak Elisa lalu berkata, “Kuasa Elia ada pada Elisa!” Mereka menghampiri dia, lalu bersujud di hadapannya,