15 “Apakah yang dilihat mereka di istana?”“Mereka melihat segala-galanya. Tiada satu pun di gudang yang tidak beta tunjukkan kepada mereka,” jawab Raja Hizkia.
16 Lalu Yesaya berkata kepada raja, “Menurut firman TUHAN,
17 masanya akan tiba apabila segala sesuatu yang ada di istana tuanku, segala yang telah dikumpulkan nenek moyang tuanku hingga hari ini, akan dibawa ke Babilonia. Tiada satu pun yang tinggal.
18 Beberapa orang daripada keturunan tuanku sendiri akan dibawa dan dijadikan sida-sida untuk bertugas di istana raja Babilonia.”
19 Raja Hizkia berfikir bahawa selama hidup baginda, kerajaan baginda akan aman dan damai. Oleh itu Raja Hizkia menjawab, “Firman TUHAN yang kamu sampaikan itu baik.”
20 Segala perbuatan Raja Hizkia, termasuk kepahlawanan baginda dan kisah baginda membina kolam air serta saluran air ke kota itu, tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Yehuda.
21 Raja Hizkia mangkat, lalu Manasye, putera baginda menggantikan baginda sebagai raja.