1 Raja Yosia berusia lapan tahun ketika baginda menjadi raja Yehuda. Baginda memerintah di Yerusalem selama tiga puluh satu tahun. Bonda baginda bernama Yedida anak Adaya dari kota Bozkat.
2 Raja Yosia melakukan apa yang menyenangkan hati TUHAN. Baginda mengikut teladan nenek moyang baginda, Raja Daud, yang taat setia kepada semua hukum Allah.
3 Pada tahun kelapan belas pemerintahan baginda, Raja Yosia menyuruh setiausaha istana, Safan anak Azalya, iaitu cucu Mesulam, pergi ke Rumah TUHAN. Raja Yosia bertitah,
4 “Pergilah kepada Imam Agung Hilkia, dan mintalah laporan daripadanya tentang jumlah wang daripada rakyat yang diterima oleh para imam yang bertugas di pintu Rumah TUHAN.
5 Suruhlah dia memberikan wang itu kepada orang yang mengawasi pekerjaan perbaikan di Rumah TUHAN. Para pengawas itu harus membayar upah
6 para tukang kayu, jurubina, dan tukang batu, serta membeli kayu dan batu yang diperlukan.