10 Katanya lagi, “Lihatlah kitab ini yang diberikan oleh Hilkia kepada hamba.” Lalu Safan membaca kitab itu di hadapan raja.
11 Apabila raja mendengar kandungan kitab itu, baginda mengoyakkan pakaian baginda kerana dukacita.
12 Baginda bertitah kepada Imam Hilkia, kepada Ahikam anak Safan, Akhbor anak Mikha, Safan, iaitu setiausaha istana, dan kepada Asaya, iaitu ajutan raja,
13 “Pergilah meminta petunjuk daripada TUHAN bagi beta dan bagi segenap penduduk Yehuda tentang ajaran kitab ini. TUHAN murka kepada kita kerana nenek moyang kita tidak melakukan apa yang tercatat di dalam kitab ini.”
14 Hilkia, Ahikam, Akhbor, Safan, dan Asaya pergi meminta petunjuk daripada seorang perempuan bernama Hulda. Dia seorang nabi perempuan yang tinggal di perkampungan baru di Yerusalem. Suaminya, Salum anak Tikwa, cucu Harhas, ialah pengurus pakaian ibadat di Rumah TUHAN. Mereka menceritakan apa yang telah terjadi itu kepada Hulda.
15 Kemudian Hulda menyuruh mereka kembali kepada raja dan menyampaikan
16 firman TUHAN demikian, “Aku akan menghukum Yerusalem serta semua penduduknya sebagaimana yang tertulis di dalam kitab yang dibaca oleh raja.