16 firman TUHAN demikian, “Aku akan menghukum Yerusalem serta semua penduduknya sebagaimana yang tertulis di dalam kitab yang dibaca oleh raja.
17 Mereka telah menolak Aku dan telah mempersembahkan korban kepada tuhan-tuhan lain. Mereka telah membangkitkan kemurkaan-Ku kerana segala perbuatan mereka. Sekarang Aku murka terhadap Yerusalem, dan kemurkaan-Ku tidak akan reda.
18 Tetapi tentang Raja Yosia, demikianlah firman TUHAN, Allah Israel: Engkau telah memperhatikan kandungan kitab itu,
19 lalu engkau bertaubat serta merendahkan dirimu di hadapan-Ku. Engkau mengoyakkan pakaianmu serta menangis ketika engkau mendengar ancaman-Ku terhadap Yerusalem dan penduduknya. Aku akan menghukum Yerusalem dengan dahsyat sehingga namanya akan menjadi satu kutukan, tetapi Aku telah mendengar doamu.
20 Oleh itu, perkara yang akan Kulakukan kepada Yerusalem tidak akan berlaku semasa hidupmu. Aku akan membenarkan engkau meninggal dengan tenteram.”Para utusan itu kembali kepada Raja Yosia dengan berita itu.