6 para tukang kayu, jurubina, dan tukang batu, serta membeli kayu dan batu yang diperlukan.
7 Para pengawas pekerjaan itu sangat jujur. Oleh itu mereka tidak usah memberikan laporan kewangan.”
8 Safan menyampaikan titah raja kepada Hilkia, dan Hilkia memberitahu Safan bahawa dia telah menemukan kitab Taurat di dalam Rumah TUHAN. Hilkia memberikan kitab itu kepada Safan, lalu Safan membacanya.
9 Kemudian Safan kembali dan memberikan laporan kepada raja, katanya, “Hamba-hamba tuanku telah mengambil wang yang ada di dalam Rumah TUHAN dan memberikannya kepada orang yang mengawasi pekerjaan perbaikan di situ.”
10 Katanya lagi, “Lihatlah kitab ini yang diberikan oleh Hilkia kepada hamba.” Lalu Safan membaca kitab itu di hadapan raja.
11 Apabila raja mendengar kandungan kitab itu, baginda mengoyakkan pakaian baginda kerana dukacita.
12 Baginda bertitah kepada Imam Hilkia, kepada Ahikam anak Safan, Akhbor anak Mikha, Safan, iaitu setiausaha istana, dan kepada Asaya, iaitu ajutan raja,