1 Pada masa pemerintahan Raja Yoyakim, Raja Nebukadnezar dari Babilonia menyerang Yehuda. Selama tiga tahun Raja Yoyakim terpaksa tunduk kepada Raja Nebukadnezar, tetapi kemudian Raja Yoyakim memberontak.
2 TUHAN mengirim gerombolan bersenjata dari Babilonia, Siria, Moab, dan Amon untuk menentang Raja Yoyakim serta memusnahkan Yehuda. Hal itulah yang telah difirmankan TUHAN melalui para nabi-Nya.
3 Kejadian ini berlaku atas perintah TUHAN, untuk membuang penduduk Yehuda dari negeri yang diberikan-Nya kepada mereka, kerana segala dosa Raja Manasye,
4 terutama sekali pembunuhan semua orang yang tidak berdosa. TUHAN tidak dapat mengampuni Raja Manasye kerana perbuatan baginda itu.
5 Segala perbuatan Raja Yoyakim tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Yehuda.
6 Raja Yoyakim mangkat, lalu Yoyakhin, putera baginda menggantikan baginda sebagai raja.