11 Raja Nebukadnezar sendiri datang ke Yerusalem semasa pengepungan itu,
12 lalu Raja Yoyakhin bersama-sama bonda baginda, putera-puteri baginda, para pegawai baginda, dan para pegawai istana baginda menyerah kepada orang Babilonia, lalu Raja Yoyakhin ditawan. Peristiwa ini berlaku pada tahun kelapan pemerintahan Raja Nebukadnezar.
13 Raja Nebukadnezar membawa harta di Rumah TUHAN dan di istana ke Babel. Sebagaimana yang telah difirmankan TUHAN, Raja Nebukadnezar menghancurkan semua perkakas emas yang dibuat oleh Raja Salomo untuk digunakan di Rumah TUHAN.
14 Raja Nebukadnezar mengangkut penduduk Yerusalem, termasuk anak-anak raja dan para pemimpin rakyat sebagai tawanan ke pembuangan - 10,000 orang kesemuanya. Raja Nebukadnezar juga mengangkut semua tukang yang mahir dan tukang besi, tetapi meninggalkan rakyat jelata yang paling miskin di Yehuda.
15 Raja Nebukadnezar membawa Raja Yoyakhin, bonda baginda, isteri-isteri baginda, para pegawai baginda, dan semua orang terkemuka di Yehuda, sebagai tawanan ke Babel.
16 Raja Nebukadnezar membuang semua orang yang perkasa ke Babilonia, sebanyak 7,000 orang; dan juga 1,000 orang tukang yang mahir, termasuk tukang besi. Mereka semua orang yang kuat dan dapat berperang.
17 Raja Nebukadnezar melantik Matanya, bapa saudara Raja Yoyakhin, menjadi raja Yehuda, dan menukar namanya menjadi Zedekia.