5 Segala perbuatan Raja Yoyakim tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Yehuda.
6 Raja Yoyakim mangkat, lalu Yoyakhin, putera baginda menggantikan baginda sebagai raja.
7 Sejak itu raja Mesir dan tentera baginda tidak lagi keluar dari Mesir untuk berperang, kerana pada masa itu raja Babilonia telah menguasai seluruh wilayah yang dahulu dikuasai Mesir, dari Sungai Efrat sampai ke sempadan utara negeri Mesir.
8 Raja Yoyakhin berusia lapan belas tahun ketika baginda menjadi raja di Yehuda. Baginda memerintah di Yerusalem selama tiga bulan. Bonda baginda bernama Nehusta anak Elnatan dari Yerusalem.
9 Raja Yoyakhin juga berdosa terhadap TUHAN, seperti yang dilakukan oleh ayahanda baginda.
10 Pada masa pemerintahan Raja Yoyakhin, tentera Babilonia yang dipimpin oleh para pegawai Raja Nebukadnezar menyerang Yerusalem dan mengepung kota itu.
11 Raja Nebukadnezar sendiri datang ke Yerusalem semasa pengepungan itu,