8 Raja Yoyakhin berusia lapan belas tahun ketika baginda menjadi raja di Yehuda. Baginda memerintah di Yerusalem selama tiga bulan. Bonda baginda bernama Nehusta anak Elnatan dari Yerusalem.
9 Raja Yoyakhin juga berdosa terhadap TUHAN, seperti yang dilakukan oleh ayahanda baginda.
10 Pada masa pemerintahan Raja Yoyakhin, tentera Babilonia yang dipimpin oleh para pegawai Raja Nebukadnezar menyerang Yerusalem dan mengepung kota itu.
11 Raja Nebukadnezar sendiri datang ke Yerusalem semasa pengepungan itu,
12 lalu Raja Yoyakhin bersama-sama bonda baginda, putera-puteri baginda, para pegawai baginda, dan para pegawai istana baginda menyerah kepada orang Babilonia, lalu Raja Yoyakhin ditawan. Peristiwa ini berlaku pada tahun kelapan pemerintahan Raja Nebukadnezar.
13 Raja Nebukadnezar membawa harta di Rumah TUHAN dan di istana ke Babel. Sebagaimana yang telah difirmankan TUHAN, Raja Nebukadnezar menghancurkan semua perkakas emas yang dibuat oleh Raja Salomo untuk digunakan di Rumah TUHAN.
14 Raja Nebukadnezar mengangkut penduduk Yerusalem, termasuk anak-anak raja dan para pemimpin rakyat sebagai tawanan ke pembuangan - 10,000 orang kesemuanya. Raja Nebukadnezar juga mengangkut semua tukang yang mahir dan tukang besi, tetapi meninggalkan rakyat jelata yang paling miskin di Yehuda.