15 Mereka mengambil semua alat yang dibuat daripada emas dan perak, termasuk mangkuk-mangkuk kecil, dan perbaraan.
16 Barang-barang gangsa yang dibuat oleh Raja Salomo, iaitu dua batang tiang, semua pedati, dan tangki yang besar, terlalu berat untuk ditimbang.
17 Dua batang tiang itu sama bentuknya: setiap batang tingginya 8 meter, dengan kepala tiang setinggi 1.3 meter. Pada sekeliling kepala tiang itu ada anyaman gangsa yang dihiasi buah delima daripada gangsa.
18 Selain itu, Nebuzaradan, iaitu panglima tentera, menangkap Imam Agung Seraya dan penolongnya, iaitu Imam Sefanya, dan juga tiga orang pegawai tinggi Rumah TUHAN.
19 Dari kota itu Nebuzaradan menangkap seorang panglima tentera, lima orang penasihat peribadi raja yang masih di kota itu, pembantu panglima yang mengurus pentadbiran tentera, dan enam puluh orang pembesar lain.
20 Nebuzaradan membawa mereka kepada raja Babilonia, yang ketika itu berada di Ribla
21 di wilayah Hamat. Di sana mereka diseksa dan kemudian dihukum mati.Demikianlah penduduk Yehuda ditawan dari tanah mereka lalu dibuang negeri.