17 Dua batang tiang itu sama bentuknya: setiap batang tingginya 8 meter, dengan kepala tiang setinggi 1.3 meter. Pada sekeliling kepala tiang itu ada anyaman gangsa yang dihiasi buah delima daripada gangsa.
18 Selain itu, Nebuzaradan, iaitu panglima tentera, menangkap Imam Agung Seraya dan penolongnya, iaitu Imam Sefanya, dan juga tiga orang pegawai tinggi Rumah TUHAN.
19 Dari kota itu Nebuzaradan menangkap seorang panglima tentera, lima orang penasihat peribadi raja yang masih di kota itu, pembantu panglima yang mengurus pentadbiran tentera, dan enam puluh orang pembesar lain.
20 Nebuzaradan membawa mereka kepada raja Babilonia, yang ketika itu berada di Ribla
21 di wilayah Hamat. Di sana mereka diseksa dan kemudian dihukum mati.Demikianlah penduduk Yehuda ditawan dari tanah mereka lalu dibuang negeri.
22 Raja Nebukadnezar dari Babilonia melantik Gedalya anak Ahikam, iaitu cucu Safan, menjadi gabenor negeri Yehuda. Dia memerintah atas semua orang yang tidak dibawa ke Babilonia.
23 Apabila para pegawai tentera dan askar Yehuda yang belum menyerah kepada orang Babilonia mendengar hal itu, mereka bergabung dengan Gedalya di Mizpa. Para pegawai itu ialah Ismael anak Netanya, Yohanan anak Kareah, Seraya anak Tanhumet dari kota Netofa, dan Yazanya dari Maakha.