26 Kemudian semua orang Yehuda, yang kaya mahupun yang miskin, bersama-sama para pegawai tentera, meninggalkan tempat itu dan lari ke Mesir kerana mereka takut kepada orang Babilonia.
27 Pada tahun Raja Ewil-Merodakh menjadi raja Babilonia, baginda mengasihani Raja Yoyakhin dari Yehuda, lalu membebaskan baginda dari penjara. Perkara ini berlaku pada hari kedua puluh tujuh, bulan kedua belas, tiga puluh tujuh tahun setelah Raja Yoyakhin ditawan.
28 Raja Ewil-Merodakh memperlakukan Raja Yoyakhin dengan baik dan memberi baginda pangkat lebih tinggi daripada yang diberikan kepada raja-raja lain yang juga dibuang ke Babilonia.
29 Raja Yoyakhin tidak lagi memakai pakaian penjara dan baginda makan di meja raja seumur hidup baginda.
30 Tiap-tiap hari, sepanjang hidup Raja Yoyakhin, baginda diberikan elaun tetap bagi keperluan hidup baginda.