5 Tetapi tentera Babilonia mengejar Raja Zedekia dan menangkap baginda di dataran dekat Yerikho. Pada masa itu segenap tentera Raja Zedekia meninggalkan baginda.
6 Raja Zedekia dibawa kepada Raja Nebukadnezar, yang ketika itu berada di Ribla. Di sana Raja Nebukadnezar menjatuhkan hukuman kepada Raja Zedekia.
7 Putera-putera Zedekia dibunuh di depan mata baginda. Selepas itu mata baginda dicungkil. Kemudian Raja Zedekia dirantai lalu dibawa ke Babel.
8 Pada hari ketujuh, bulan kelima, tahun kesembilan belas pemerintahan Raja Nebukadnezar dari Babilonia, Nebuzaradan, iaitu panglima tentera dan penasihat raja, masuk ke Yerusalem.
9 Nebuzaradan membakar Rumah TUHAN, istana, dan rumah orang terkemuka di Yerusalem.
10 Askar-askarnya merobohkan tembok kota.
11 Selepas itu Nebuzaradan membawa penduduk yang masih tinggal di kota itu ke Babilonia, iaitu tukang-tukang mahir yang masih tinggal dan orang yang berpihak kepada orang Babilonia.