7 Putera-putera Zedekia dibunuh di depan mata baginda. Selepas itu mata baginda dicungkil. Kemudian Raja Zedekia dirantai lalu dibawa ke Babel.
8 Pada hari ketujuh, bulan kelima, tahun kesembilan belas pemerintahan Raja Nebukadnezar dari Babilonia, Nebuzaradan, iaitu panglima tentera dan penasihat raja, masuk ke Yerusalem.
9 Nebuzaradan membakar Rumah TUHAN, istana, dan rumah orang terkemuka di Yerusalem.
10 Askar-askarnya merobohkan tembok kota.
11 Selepas itu Nebuzaradan membawa penduduk yang masih tinggal di kota itu ke Babilonia, iaitu tukang-tukang mahir yang masih tinggal dan orang yang berpihak kepada orang Babilonia.
12 Tetapi Nebuzaradan meninggalkan sebahagian daripada rakyat yang paling miskin di Yehuda, mereka yang tidak mempunyai harta. Dia menyuruh mereka bekerja di ladang anggur dan di ladang-ladang.
13 Orang Babilonia menghancurkan tiang-tiang gangsa, tangki gangsa, dan semua pedati yang ada di Rumah TUHAN. Mereka membawa semua gangsanya ke Babel.