2 Raja Yoram berdosa terhadap TUHAN, tetapi baginda tidak sejahat Raja Ahab, ayahandanya atau Izebel, bondanya. Raja Yoram merobohkan patung berhala yang dibina oleh ayahandanya untuk menyembah Baal.
3 Namun, seperti Raja Yerobeam anak Nebat dahulu, Raja Yoram juga menyebabkan Israel berdosa dan baginda tidak mahu bertaubat.
4 Raja Mesa dari Moab, mempunyai penternakan domba. Tiap-tiap tahun baginda memberi raja Israel ufti sebanyak 100,000 ekor anak domba, dan bulu domba daripada 100,000 ekor domba.
5 Tetapi apabila Raja Ahab dari Israel mangkat, Raja Mesa memberontak terhadap Israel.
6 Oleh itu Raja Yoram segera meninggalkan Samaria lalu mengumpulkan segenap tenteranya.
7 Baginda mengirim berita berikut kepada Raja Yosafat di Yehuda, “Raja Moab telah memberontak terhadap beta. Mahukah tuanku berperang bersama dengan beta untuk melawan raja Moab?”“Baiklah,” jawab Raja Yosafat. “Beta bersedia menolong tuanku. Demikian juga anak buah dan pasukan berkuda beta.
8 Jalan manakah harus kita ikut untuk menyerang mereka?”Raja Yoram bertitah, “Baiklah kita mengambil jalan jauh, yang melalui padang gurun Edom.”