13 Elisa berkata kepada Gehazi, “Tanyalah dia apa yang dapat saya lakukan baginya. Dia telah bersusah-payah menyediakan keperluan kita. Mungkin dia mahu saya mengatakan sesuatu bagi kepentingannya di hadapan raja ataupun panglima tentera.”Perempuan itu menjawab, “Saya tinggal di kalangan kaum keluarga saya sendiri dan tidak kekurangan apa-apa pun.”
14 Elisa berkata kepada Gehazi, “Jika demikian, apakah yang dapat saya lakukan baginya?”Gehazi menjawab, “Dia tidak mempunyai anak lelaki. Lagi pula suaminya sudah tua.”
15 Elisa berkata, “Suruhlah perempuan itu datang ke mari.” Perempuan itu datang dan berdiri di pintu.
16 Elisa berkata kepadanya, “Pada masa seperti ini tahun hadapan, puan akan mendukung seorang anak lelaki.”Perempuan itu berkata, “Tuan, janganlah tuan berdusta kepada saya. Tuan adalah hamba Allah!”
17 Tetapi sebagaimana yang dikatakan Elisa, kira-kira pada masa yang sama tahun berikutnya, perempuan itu melahirkan seorang anak lelaki.
18 Beberapa tahun kemudian, pada musim menuai, anak itu pergi ke ladang hendak mengikut bapanya yang sedang berada di situ dengan para penuai.
19 Tiba-tiba anak itu berkata kepada bapanya, “Kepala saya sakit! Kepala saya sakit!”Bapanya berkata kepada salah seorang hambanya, “Bawalah dia kepada ibunya.”