20 Hamba itu membawa anak itu kepada ibunya, lalu ibunya memangku dia hingga tengah hari. Pada tengah hari anak itu meninggal.
21 Perempuan itu membawa dia ke dalam bilik Elisa dan membaringkan dia di atas tempat tidur. Kemudian dia menutup pintu dan meninggalkan anak itu di sana.
22 Dia memanggil suaminya dan berkata, “Suruhlah seorang hamba membawa seekor keldai ke mari. Saya hendak bertemu dengan Nabi Elisa. Saya akan segera kembali.”
23 Suaminya bertanya, “Mengapakah harus pergi pada hari ini? Hari ini bukan hari Sabat ataupun Perayaan Bulan Baru.”“Tidak mengapa,” jawabnya.
24 Lalu dia memasang pelana pada keldai itu dan memerintah hambanya, “Paculah keldai ini supaya berlari sepantas mungkin. Jangan kurangkan kepantasannya kecuali saya suruh.”
25 Demikianlah perempuan itu berangkat dan pergi ke Gunung Karmel, ke tempat Elisa.Dari jauh Elisa telah nampak perempuan itu datang. Elisa berkata kepada Gehazi, hambanya, “Lihatlah perempuan dari Sunem itu datang!
26 Cepatlah pergi menemuinya dan tanyalah bagaimana keadaannya, suaminya, serta anaknya.”Perempuan itu memberitahu Gehazi bahawa semuanya baik.