41 Oleh itu Elisa meminta sedikit tepung, lalu memasukkannya ke dalam periuk. Setelah itu dia berkata, “Hidangkan lagi makanan itu.” Ternyata makanan itu tidak berbahaya.
42 Pada suatu hari yang lain, seorang lelaki datang dari Baal-Salisa. Dia membawa dua puluh buku roti yang dibuat daripada barli yang mula-mula dituai pada tahun itu, untuk Elisa. Lelaki itu juga membawa gandum yang baru. Elisa menyuruh pelayannya membahagi-bahagikan roti itu kepada para nabi.
43 Tetapi pelayannya berkata, “Tidak mungkin cukup untuk seratus orang!”Elisa berkata, “Bahagi-bahagikanlah makanan ini, kerana menurut firman TUHAN mereka akan makan, dan setelah makan, masih ada kelebihan makanan!”
44 Pelayan itu membahagi-bahagikan makanan itu kepada mereka, lalu mereka semua makan. Setelah makan, masih ada kelebihan makanan seperti yang difirmankan TUHAN.